Public Gold adalah syariah EPP10x

Masih baru dengan emas. Tanyakan sesuatu di sini
Post Reply
User avatar
Empire Golds
Site Admin
Posts: 6
Joined: Sat Jan 06, 2024 5:45 am

Public Gold adalah syariah EPP10x

Post by Empire Golds »

Image

Gais.
Salam satu kaedah belian emas yang popular di Public Gold adalah syariah EPP10x.
Nama pendeknya EPP10x.
Melalui kaedah ini, anda hanya perlu kunci harga emas ikut harga semasa. Kita panggil lock price.
Harga ini adalah harga yang anda setuju untuk beli.
Kemudian Public Gold akan buat jadual pembayaran bulanan selama 10 bulan untuk emas ini.
Setiap bulan anda akan buat bayaran 10% dari harga yang anda kunci ini.
Pembayaran ini dipanggil security deposit (bukan bayaran ansuran).
Selepas habis bayar, barulah pembayaran tersebut dikira sebagai harga belian emas dan Public Gold akan serahkan emas kepada anda.
Jika anda habis bayar awal, maka anda boleh ambil emas awal.
Kelebihan epp10x adalah:
1. Anda kunci harga emas ikut harga semasa. Dalam masa 10 bulan membayar, harga emas itu tidak akan berubah. Kalau harga emas naik dan turun dalam tempoh 10 bulan tu, anda boleh abaikan.
2. Ini ibarat simpanan secara paksaan.
Ia menyebabkan anda komited membayar selama 10 bulan mengikut jadual bayaran. Ada orang nie dia kena paksa diri untuk disiplin. Kalau tak paksa maka tak menjadi.
3. Ianya patuh syariah.
4. Anda boleh buat beberapa epp serentak, jika ada modal. Maksudnya, jika ada duit lebih, anda boleh buat 1,2,3,4,5 atau lebih ikut kedalaman poket anda.
5. Kalau anda ada target simpanan emas fizikal setahun, gunakan kaedah epp10x dengan senyuman 😃
Untuk anggaran kos setiap bulan, sila tengok gambar.
#NotaEmasSyukorHashim
Post Reply