Harga emas terendah dalam tempoh dua tahun
  • Admin
    Site Admin
    Posts: 2
    Joined: Sun Aug 21, 2022 1:39 pm

    Harga emas terendah dalam tempoh dua tahun

    by Admin » Fri Sep 16, 2022 1:57 pm

    Image

    BENGALURU: Harga emas jatuh ke paras terendah sejak April 2020, dijejaskan oleh pulangan Perbendaraan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi dan dolar lebih kukuh, dengan jangkaan kenaikan kadar faedah yang besar oleh Rizab Persekutuan (Fed) menghakis daya tarikan logam berharga itu.

    Harga spot emas turun 1.7 peratus pada AS$1,666.61 seauns, selepas jatuh lebih daripada dua peratus kepada AS$1,659.47 pada awal sesi semalam.

    Niaga hadapan emas AS juga jatuh dua peratus kepada AS$1,675.40.

    "Faktor terbesar adalah pulangan, (yang) dilihat agak kukuh selepas agak perlahan untuk seketika," kata ahli strategi pasaran kanan RJO Futures, Daniel Pavilonis.

    Harga emas buat seketika mengurangkan kerugian apabila pelabur mengambil kita data yang menunjukkan jualan runcit di AS meningkat di luar jangkaan pada Ogos, manakala data berasingan memperlihatkan tuntutan pengangguran mingguan di negara itu jatuh sebanyak 5,000 kepada 213,000 minggu lalu.

    Pasaran telah mengambil kira sepenuhnya kenaikan kadar faedah sekurang-kurangnya 75 mata asas pada akhir mesyuarat dasar Fed minggu, malah berkemungkinan setinggi 100 mata asas.

    Walaupun emas dianggap sebagai pertaruhan selamat semasa ketidaktentuan ekonomi, kenaikan kadar faedah meningkatkan kos peluang untuk memegang logam berharga yang tidak menanggung pulangan.

    Sementara itu, Pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva, berkata bank-bank pusat mesti berusaha untuk membendung inflasi secara meluas.

    "Kekuatan indeks dolar AS minggu ini, bersama kenaikan pulangan Perbendaharaan AS dan beberapa data inflasi tinggi AS, semuanya bergabung untuk menyebabkan pembeli emas dan perak kebanyakannya menunggu di luar pasaran," kata penganalisis kanan Kitco Metals, Jim Wyckoff dalam satu nota.

    Harga spot perak jatuh 2.1 peratus kepada AS$19.27 seauns.

    Platinum susut 0.2 peratus kepada AS$904.70 dan palladium turun satu peratus kepada AS$2,141.84.

    -Reuters

    https://www.bharian.com.my/bisnes/lain- ... -dua-tahun

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests